Bilik tidur ada beberapa jenis mengikut kegunaannya iaitu bilik tidur utama yang digunakan oleh pemilik rumah, bilik kedua terdiri dari bilik anak bujang atau bilik tidur kanak-kanak dan bilik tidur tetamu. Semua bilik tidur itu memerlukan beberapa keperluan bagi menjadikan bilik tidur berfungsi dengan baik.
Kamar tidur boleh dikatakan sebagai penawar jiwa dan raga kerana inilah satu-satunya ruang privasi pemilik rumah beristirehat selain ruang untuk menukar pakaian dan tempat menghias diri. Selain itu, ia juga diguna untuk berbincang secara privasi dan membaca.
Kamar tidur adalah ruang untuk memulakan hari kita, jika hendak memulakan hari yang ceria maka kamar tidur mestilah kita ceriakan dulu. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan merancang kamar tidur dengan baik dari segi kedudukan, susun atur, pemilihan bahan, skima warna dan aksesori dalamannya.
Jika kita lakukan dengan baik kita akan berasa lebih lega dan nyaman di dalamnya dan ini tentu sekali akan menceriakan ruang kamar tidur dan hari kita.
Petua penjagaan bilik tidur adalah:1. Pastikan tiada sampah bertebaran diatas lantai, sarang lelabah di siling.
2. Pastikan cadar bertukar selewat2nya seminggu sekali.
3. Pastikan juga bilik tidur tidak berbau.
4. Boleh gunakan alat-alat aromaterapi untuk menyahkan bau yang kurang menyenangkan.
5. Di samping wangian lain, dicadangkan anda menggunakan bauan lavender untuk pewangi bilik.
6. Bantal dan sarung bantal mestilah bersih.
7. Jangan biarkan tingkap bilik tidur berdebu.
8. Cicak selalu membuang najis di sekitar celah tingkap dan dinding. Bersihkan.
9. Cuci langsir bila langsir sudah kelihatan berdebu.
10. Jangan biarkan kain baju bergayutan di dinding, belakang pintu bilik dan di gantung merata=rata.
11. Susun dan lipat Pakaian didalam almari dengan kemas.
12. Meja solek juga perlu kemas dan rapi.
13. Jangan biarkan meja solek berdebu dengan bedak.
14. Susun botol-botol kosmetik dengan kemas dan jangan biarkan botol-botol dan bekas kosmetik yang tidak digunakan berlonggok diatas meja.
15. Cermin meja solek perlulah di lap apabila perlu.
16. Bilik air di bilik tidur juga perlu dibersihkan selalu supaya bau yang kurang enak dibilik air tidak meresap masuk kebilik tidur.
17. Jika bilik tidur di hapkan dengan permaidani, sekurang-kurangnya seminggu sekali permaidani ini perlu di ketuk diluar rumah untuk membuang debu yang terperangkap dan dijemur di panas matahari.
18. Sebaik-baiknya enam bulan sekali kedudukan perabut didalam bilik ditukar.
19. Jika boleh semasa merancang membeli rumah, pastikan kedudukan ruang solat tidak mengadap pintu bilik air.
20. Elakkan melunggokkan perabut didalam bilik tidur.
21. Beritahu anak-anak bilakah masa yang sesuai untuk mereka mengunjungi bilik tidur anda dan bagaimanakah adat bila mahu mengunjungi ibubapa dibilik tidur.
22. Jadikan satu adat kebiasaan dan difahami oleh semua orang bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan bagi orang-orang yang tidak berkenaan.
23. Kemas bilik tidur selepas bangun pagi terutamanya katil.
Aksesori kamar tidur utama
Apabila kita sakit dan tidak dapat keluar dari kamar tidur, kita pasti akan berasa bosan dan ini boleh menyebabkan tekanan jiwa yang tinggi dan melambatkan proses pemulihan.
Corak dan warna juga memainkan peranan dalam membina mood bilik tidur.
Jika barangan ini menjadi keperluan, eloklah disediakan perabot yang sesuai untuk aksesori sama ada pasang siap atau ditempah dan tentu sekali ia ditempatkan bertentangan kaki katil supaya kita boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran.
Biasanya, di bahagian kiri dan kanan katil, kita akan meletakkan meja sisi yang dihiasi lampu meja di atasnya untuk membaca sebelum tidur. Meja sisi ini haruslah cukup lebar bukan hanya untuk menempatkan lampu, tetapi alat lain seperti telefon bilik, alat kawalan jauh dan paling penting ialah makanan dan minuman ketika sakit.
Ramai sering lupa apabila sakit, kita sudah tidak larat lagi untuk bangun ke dapur. Semua keperluan harus berada berhampiran kita, maka perabot yang kita pilih juga haruslah menyediakan ruang mencukupi untuk keperluan itu.
Bagi makcik dan pakcik yang sudah biasa dengan tandas cangkung pula haruslah mencuba menggunakan tandas duduk. Hasil soal selidik yang dijalankan secara tidak formal, golongan tua lebih suka menggunakan tandas duduk kerana tidak meletihkan otot badan ketika ke tandas.
Mungkin pada peringkat permulaan berasa agak kekok, tetapi percayalah kalau kita sudah tua dan uzur, tandas duduk lebih kurang membebankan. Jadi, apabila kita merancang untuk memilih aksesori tertentu, kita haruslah memikirkan keadaan yang esktrim sekali iaitu aksesori penyeri tingkap.
Sebaiknya, kita haruslah menggunakan langsir dua lapis dengan satu lapisan yang jarang dan satu lapisan lagi tidak telus cahaya. Ini kerana ada masanya apabila kita sakit, cahaya matahari menjadi masalah utama apabila terlalu terang dan silau.
Jadi, kita haruslah menyediakan aksesori tingkap yang dapat menapis cahaya matahari ini dan pada waktu yang lain memberi kita peluang menikmati pemandangan di luar dengan keadaan lebih terkawal.
No comments:
Post a Comment